Sunday, 10 August 2014

Soalan-Soalan Lazim



Soalan-Soalan Lazim Yang Diterima:-

MAKLUMAT MENGENAI ALTEL TELCO

1. Apakah Altel?
Talian telefon mudah alih yang dioperasikan oleh Altel Communination Sdn Bhd anak syarikat Puncak Semangat Sdn. Bhd yang dianugerahkan lesen 4G LTE dengan spectrum terbesar 40 mhz.

Syarikat ini adalah ahli kumpulan AlBukhary Group of Companies milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

2. Bagaimana dengan liputan/coverage Altel?
Liputan Altel ada di seluruh negara sepertimana celcom kerana buat masa ini Altel dan Celcom bekerjasama untuk membangunkan infrastruktur 4G LTE

3. Berapa harga simpek, caj panggilan, sms dan internet?
ALTEL Paling Murah di Pasaran,
SIM pek hanya RM7 dan ada RM5 kredit tersedia didalamnya.
Caj panggilan hanya 8 sen, sms 2 sen jika anda mdaftarkan no friend & family ke dalam sistem (untuk nombor2 Altel, celcom, tunetalk dan mana2 mvnoCelcom).
Caj biasa adalah 16 sen untuk panggilan dan 5 sen untuk sms ke mana2 rangkaian.

Pelan internet
RM15 untuk 5000mb seminggu
RM28 untuk 1 Gb - tempoh sah 3 bulan
RM48 untuk 2gb - tempoh sah 3 bulan.
Manakala tanpa pelan tersebut 5 sen per mb (pay per use). MMS hanya 25 sen per mesej.

4. Di mana boleh dapatkan SIM pek Altel?
SILA HUBUNGI 0122686981.

5. Bolehkah saya gunakan/kekalkan nombor yang digunakan sekarang tapi guna line Altel?
Boleh. Proses tukar line atau migrate atau port in ini di panggil Mobile Network Portability (MNP).

6. Di mana boleh dapatkan top up/reload Altel?
Semua saluran ePay di stesen mInyak ada menjualnya DAN juga di semua kedai 7 ELEVEN.
Secara online reload telah ada di CIMB click. Rangkaian restoran mamak seperti Mohsin, Syed bistro dan Ali Maju juga ada.

Pelanggan boleh memilih untuk menukar nombor sedia ada kepada nombor Altel dengan membawa bersama satu salinan MyKad. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi Khidmat Pelanggan Altel di 03-2613 3888.

Nak tahu lebih lanjut mengenai ALTEL?
Mengalami masalah kehilangan simkad ALTEL?
Hubungi kami dan kami sedia membantu anda!
Hanya dua nombor yg perlu di ingati!
Customer Service: 03- 26133888 @ 13388 ( dr nombor ALTEL)



Soalan Lazim Untuk Prabayar Altel

    Apakah Prabayar Altel?
    -Altel adalah perkhidmatan terbaru prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data.
    Apakah perkhidmatan yang disediakan?
    -Altel menawarkan perkhidmatan telefon prabayar seperti panggilan suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD.
    Dimanakah pek SIM Altel boleh dibeli?
    -Hubungi Dealer Sah ALTEL ditalian kami 0122686981.
    Berapakah harga pek SIM Altel?
    -Pek SIM Altel dijual pada harga runcit RM7 setiap satu dan disertakan kredit bernilai RM5.
    Berapakah tempoh sah pek SIM Altel?
    -Semua pek SIM Altel diberikan 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Tambah nilai perlu dibuat sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
    Dimanakah tambah nilai boleh dibuat?
    -Tambah nilai boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.
    Apakah denominasi dan tempoh sah yang disediakan bagi tambah nilai Altel?
   - Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50. Tempoh sah bagi tambah nilai adalah seperti berikut:

    Tempoh Sah
    RM5 – 5 hari
    RM10 – 20 hari
    RM30 – 60 hari
    RM50 – 90 hari

Soalan Lazim Untuk Promosi Pelan Tempoh Sah Lanjutan

    Apakah Tempoh Sah Lanjutan untuk pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel?
   - Ia adalah pakej promosi yang melanjutkan tempoh sah pelan 500MB, 1GB atau 2GB Jalur Lebar Mudah Alih Altel anda. Tempoh sah bagi pelan semasa dan lanjutan dibandingkan seperti dalam rajah berikut:

    Pakej
    Pelan Jalur Lebar Mudah Alih 500MB 1GB 2GB
    Tempoh Sah Semasa 7 hari 30 hari 30 hari
    Tempoh Sah Lanjutan 30 hari 90 hari 90 hari

    Promosi ini sah dari 18 Julai hingga 31 Disember 2014.
    Siapakah yang layak untuk menikmati pakej promosi ini?
        -Pakej promosi ini layak untuk dinikmati oleh semua pelanggan baru dan sedia ada sekiranya mereka melanggan salah satu daripada pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel.
        Pelanggan baru yang mendaftar dan mengaktifkan perkhidmatan Altel mereka dari 18 Julai hingga 31 Disember 2014.
    Adakah pelanggan akan dikenakan kos tambahan untuk melanggani pakej promosi ini?
    Pelanggan tidak akan dikenakan sebarang kos tambahan untuk melanggani pakej promosi ini. Nikmati tempoh sah yang lebih lama, untuk kos yang sama.

    
    Bagaimanakah saya boleh melanggani pakej promosi ini?
    -Anda boleh melanggan mana-mana pelan Jalur Lebar Mudah Alih dengan menghantarkan SMS kod pengaktifan mengikut pakej yang dipilih ke 25835.


    Sebaik sahaja pengaktifan berjaya, anda akan menerima makluman melalui SMS seperti berikut:
    “Thank you for subscribing to 1GB plan. Validity until DD/MM/YY (after 90 days date).
    Send MB BAL to 25835 to check your quota balance and validity.”
    Apakah yang akan berlaku sekiranya terdapat kesalahan pada kod pengaktifan pelan Jalur Lebar Mudah Alih yang telah digunakan?
    Anda akan menerima makluman seperti berikut:
    “Invalid command. Please try again. Send MB HELP to 25835 for more information”
    Kemudian, anda perlu menghantar kod kunci yang betul untuk melanggan.
    Apakah yang akan berlaku sekiranya tempoh sah kredit saya telah tamat, tetapi pelan data masih sah?
    Sekiranya tempoh sah kredit anda telah tamat, sebarang perkhidmatan keluar merangkumi panggilan suara, SMS, MMS dan data akan disekat.
    Bagaimana pula dengan tempoh sah akaun saya yang terbaru sebaik sahaja tambah nilai dibuat?
    Tempoh sah akaun anda akan diperbaharui bergantung pada jumlah tambah nilai. Sila rujuk www.altel.my untuk maklumat lanjut.
    Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah mencapai had kuota yang diberikan?
    Selepas mencapai had kuota pelan data yang diberikan, setiap penggunaan data yang seterusnya akan dikenakan caj sebanyak 5 sen bagi setiap MB.
    Sekiranya penggunaan pelan Jalur Lebar Mudah Alih yang dilanggan telah mencapai had kuota yang diberikan, bagaimana untuk saya melanggani pelan yang baru?
    Untuk melanggani pelan yang baru, sila SMS kod pengaktifan pelan yang dipilih ke 25835.

   
    Apakah yang akan berlaku sekiranya Tempoh Sah SIM (Tempoh Sah Akaun) saya telah tamat tetapi tempoh pelan data masih sah?
    -Sekiranya Tempoh Sah SIM (Tempoh Sah Akaun) anda telah tamat dan tempoh pelan data anda sebaliknya, tempoh sah SIM anda akan dilanjutkan bagi menyamai tempoh sah pelan data itu.-

Soalan Lazim Untuk ALTEL 4G LTE

    Apakah Altel 4G LT
-Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.
    Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?
        -GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)
        EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps.
        3G: Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps.
        4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps.
    Apakah kelajuan biasa LTE?
    -Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.
    Dimanakah saya boleh menikmati perkhidmatan Altel 4G LTE?
    -Perkhidmatan Altel 4G LTE kini boleh dinikmati di semua kawasan utama di seluruh negara. Segala maklumat lanjut berkaitan dengan Altel 4G LTE boleh didapati di laman web Altel.
    Bagaimanakah untuk saya melanggani Altel 4G LTE dan apa yang diperlukan untuk menikmati perkhidmatan LTE?
    -Anda memerlukan peranti mudah alih yang menyokong perkhidmatan LTE dan kad USIM 64k.
    Kad USIM (Modul Pengenalan Pelanggan Universal) juga merupakan satu kad SIM yang digunakan untuk perkhidmatan 3G dan 4G. USIM menyediakan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan berbanding SIM seperti ciri keselamatan yang lebih baik, penambahan memori dan sebagainya.
    Saya menggunakan kad SIM 32k. Adakah saya masih boleh menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda perlu menukarkan kad SIM anda kepada kad USIM 64k terlebih dahulu untuk menikmati perkhidmatan LTE. Penukaran kad SIM ini adalah percuma.
    Bagaimanakah saya boleh mengetahui peranti saya telah disambungkan kepada perkhidmatan Altel 4G LTE?
    -Anda akan mengetahuinya apabila isyarat 4G atau LTE terpapar pada skrin peranti anda.
    Bagaimana mana pula sekiranya saya tidak boleh menggunakan Altel 4G LTE dan tiada isyarat 4G dipaparkan?
    -Pastikan anda menyemak perkara-perkara berikut terlebih dahulu:
        Anda berada di kawasan liputan LTE Altel.
        Anda menggunakan kad USIM Altel 64k yang berdaftar.
        Anda telah melanggani pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel.
        Telefon/peranti mudah alih anda menyokong perkhidmatan LTE.
    Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memasuki kawasan yang tidak mempunyai liputan 4G LTE?
    Sekiranya anda berada di mana-mana kawasan yang tidak mempunyai liputan Altel 4G LTE, anda akan disambungkan kepada perkhidmatan 3G secara automatik.
    Apakah pelan Jalur Lebar Mudah Alih atau kadar pelan yang tersedia bagi Altel 4G LTE?
    -Buat masa ini, pelan yang tersedia adalah:
        1 GB pada RM28
        2 GB pada RM48
        Pembayaran-Mengikut-Penggunaan pada 5sen/MB
    Secara umumnya, aplikasi apa yang boleh saya gunakan dengan data sebanyak 1GB apabila saya melanggani Altel 4G LTE ini?
    -Secara umumnya, penggunaan data sebanyak 1GB adalah bersamaan dengan menerima 20,000 e-mel atau melayari 3,000 laman web atau memuat turun 500 lagu atau strim 100 video.
    Ini berdasarkan kepada andaian mengikut penggunaan purata industri seperti berikut:
    Satu e-mel pada 0.05MB
    Satu laman web pada 0.3MB
    Satu lagu pada 2MB
    Satu video pendek pada 10MB


ALTEL menyediakan beberapa bonus menarik khas buat para pelanggan. Antaranya adalah Bonus Harijadi, Bonus Pengaktifan dan Penjimatan Rakan & Keluarga.

ALTEL, kad sim pek permulaan kini boleh didapati secara online dengan khidmat penghantaran ke seluruh negara (termasuk Sabah & Sarawak).

S: Sejauh mana liputan rangkaian Altel?
J: Altel mempunyai liputan di seluruh Negara.

S: Adakah semua nombor boleh didaftarkan dibawah perkhidmatan
Keluarga & Rakan (FnF) Altel?
J: Pendaftaran untuk perkhidmatan Keluarga & Rakan (FnF) Altel
hanya boleh dibuat untuk nombor daripada rangkaian Altel dan
Celcom sahaja.
*Pendaftaran 8 nombor pertama Friends & Family adalah percuma. Pendaftaran berikutnya akan dikenakan RM1 bagi setiap nombor.
Terima kasih kerana bersama Altel 


-